Wednesday, December 21, 2011

Mak Teh bersama Pa'im yg shuweet!

- Assalammualaikum -

Wahh! Lame dah tak jenguk n update blog, busy ngan keje (eceh!). Straight to the point, bulan ni (Dec.) merupakan bulan kelahiran aku (wihee!) yang mana pada tahun ni aku bakal mengikat tali pertunangan dengan inchik Mior :')

Baru nak bertunang je takde la excited n nervous sangat. Kebetulan (last minute) buat majlis aqiqah untuk anak buah aku Fahim Aiman!

Majlis sangat2 simple, insyaAllah. Tapi hopefully semuanya berjalan ngan lancar! ;)

mmm.. tomeynye Pa'im ngan Mak Teh! Hakhak

Monday, August 1, 2011

Ramadhan 1432H!

Assalammualaikum.. =)


RAMADHAN!!

Ramadhan kembali lagi! Alhamdulillah, aku masih bertuah untuk berada d bulan mulia ni dan InsyaAllah dapatlah juga menambah amal ibadah dalam bulan paling berkat ini. Pada aku, agak mudah nak tambahkan pahala dalam bulan Ramadhan ni if kita rajin nak buat walaupun sekadar melewatkan sahur, cepatkan berbuka, buat solat sunat Tarawih, banyakkan baca Al-Quran, bersedekah, berzikir dan buat perkara2 yang baik, InsyaAllah ada ganjaran d setiap satu perbuatan baik yang kita buat.. (^_^)

Tahun ni aku berpuasa jauh dari Mama d kampung. Mmm.. Rindu setiap saat bersama Mama! (T_T) Tapi takpe la, tahun ni aku berpuasa bersama teman serumah merangkap teman sepejabat aku yang bernama cik Hilda Harry! Yeay! Aku dah pesan awal2 kat Hilda, "Da, sahur aku nak makan nasi berlauk tapi berbuka aku nak makan yang ringan2 je macam buah-buahan dan kuih-muih". Diet! Heee..

Salam Ramadhan kpd kalian semua..! (^_^)

Monday, April 4, 2011

pengHIJRAHan aku

Jumaat lepas aku dapat berita terbaru dari Management dalam mesyuarat menteri2 BLSSB (kehkehkeh) yang mana lagi 2 minggu aku d minta untuk melaporkan diri d HQ, under Department baru, B.H. (2 orang staf je dept. nih! Macam ok kot. Heh!) juga merangkap Admin (kiranya 2 in 1 la. Hahahehehuhu). Aku redha dan terima seadanya (^.^). Ini bermakna aku tidak lagi bersama dept. lama, S&S Perak Branch. Sob.. sob.. sob.. Dan yang pastinya, aku dah tak boleh nak balik rumah Mama tiap2 minggu (T_T) sebab... jauh la! Apakan daya, aku cuma staf biasa yang akur pada ARAHAN (baik tuan!). Heh!

Dia la partner aku a.k.a. sifu B.H. dept. Ngee.

So, bakal bermula la pertarungan baru dalam kerjaya aku. Hopefully, aku boleh buat yang terbaik! Walaupun agak susah untuk jadi yang terbaik d antara yang terbaik, aku cuba. Actually, aku rasa agak hepi sebab akan bekerja d HQ. Tapi aku tak nafikan yang aku rasa sedih jugak sebab jauh dari Mama n adik2 aku nanti. Bukan apa, susah la nak online guna wifi kat rumah Mama lepas ni, lagi pulak dah la selalu tiap2 minggu balik rumah Mama sebab nak tumpang basuh kain yang dah siap kumpul seminggu. Haha. Buruk perangai betul! (-_-").

Agenda aku yang utama selain kerja2 ofis sekarang ialah mencari bilik sewa! Help..! Help..! Hih! Nak duduk area mana? Sewa berapa? Siapa Housemate? Ape lagi, google kat Mudah.my la jawabnya. Semoga aku berjaya dalam misi kali ini! Muehehehe. Daa..