Monday, April 4, 2011

pengHIJRAHan aku

Jumaat lepas aku dapat berita terbaru dari Management dalam mesyuarat menteri2 BLSSB (kehkehkeh) yang mana lagi 2 minggu aku d minta untuk melaporkan diri d HQ, under Department baru, B.H. (2 orang staf je dept. nih! Macam ok kot. Heh!) juga merangkap Admin (kiranya 2 in 1 la. Hahahehehuhu). Aku redha dan terima seadanya (^.^). Ini bermakna aku tidak lagi bersama dept. lama, S&S Perak Branch. Sob.. sob.. sob.. Dan yang pastinya, aku dah tak boleh nak balik rumah Mama tiap2 minggu (T_T) sebab... jauh la! Apakan daya, aku cuma staf biasa yang akur pada ARAHAN (baik tuan!). Heh!

Dia la partner aku a.k.a. sifu B.H. dept. Ngee.

So, bakal bermula la pertarungan baru dalam kerjaya aku. Hopefully, aku boleh buat yang terbaik! Walaupun agak susah untuk jadi yang terbaik d antara yang terbaik, aku cuba. Actually, aku rasa agak hepi sebab akan bekerja d HQ. Tapi aku tak nafikan yang aku rasa sedih jugak sebab jauh dari Mama n adik2 aku nanti. Bukan apa, susah la nak online guna wifi kat rumah Mama lepas ni, lagi pulak dah la selalu tiap2 minggu balik rumah Mama sebab nak tumpang basuh kain yang dah siap kumpul seminggu. Haha. Buruk perangai betul! (-_-").

Agenda aku yang utama selain kerja2 ofis sekarang ialah mencari bilik sewa! Help..! Help..! Hih! Nak duduk area mana? Sewa berapa? Siapa Housemate? Ape lagi, google kat Mudah.my la jawabnya. Semoga aku berjaya dalam misi kali ini! Muehehehe. Daa..

No comments:

Post a Comment