Sunday, March 27, 2011

cerita dah basi, tapi masalah blom settle!

Assalammualaikum.. =)

Dua minggu ni keje aku kat ofis memang padat giler2
a.k.a. padat maksima (iklan milo)! Lepas satu, dua datang pastu bertambah2. Fuh..! Tapi aku ok lagi, tak sampai tahap stress pon. Seriously aku cakap, 4 hari berturut2 aku tak makan nasi! Cuma makan kuih time breakfast je, ape la sangat tenaga yang masuk dalam badan aku ni setakat 3 4 ketul kuih tu. Hakhak. Aku bukan nak berdiet, tak ade niat dalam ati pon nak berdiet memandangkan aku dah memiliki bentuk badan yang ideal n memuaskan! Ouwchh! (Alhamdulillah). Tapi tu la, memang rasa tak sempat je nak g makan. Heh!

Dalam masa seminggu baru ni, macam2 benda jadi kat aku. Dugaan... Sedih ade, panas ati ade n gelabah pn ade (memang gelabah sejak hampir 3 tahun b'keje kat company ni). Haha. Tapi aku ni seorang yang cekal n tabah (eceh). Serius ar aku kuat semangat ok (^_*).

Actually, 3 hari lepas (hari khamis) aku xcident! Aku terlanggar
mamat 2 orang naik skuter Ego kat satu selekoh ni. Huhu. First time aku langgar orang sejak 3 tahun bawak kete! Dugaan.. Time tu aku memang tak nampak langsung skuter diorang d sebalik kete besar (Toyota Harrier kot, kete idaman tu!) yang melintas depan kete aku. Betul2 je lepas kete tu melintas, aku pon masuk selekoh. Dum!! Ape lagi, hambek kau! Tergolek kat jalan ar mamat yang bawak skuter tu. Ala, golek sikit je pon. Luka pon sikit je kat jari dia (nasib baik bukan jari aku, kalau tak segan aih nak sarung cincin nanti. Kehkehkeh). Haduih! Punya la gelabah, "sori, sori encik. Encik, macam mana encik? Ok ke? Motor? Mmmmm... Sori encik, tak sengaja. Nak settle macam mana ni..? bla.. bla.. bla..". Mamat tu cakap ape aku pon dah tak ingat sangat, cuma aku ingat bila dia cakap "luka saya ni sikit je. Kete cik nampak lagi teruk tu (sambil dia tolong masukkan lampu kete aku yang dah terkeluar dari tempat asal). Tu je...


Baby Putih tercedera.. :'(

Aku puasa hari tu (puasa ganti + sunat). Time kena tu pulak dah la Maghrib (7:26pm). Terkejar2 dari ofis nak g tapau nasi la cadangnye. Habis, dah mengigil tangan g langgar orang terus terbatal niat nak singgah kedai beli nasi untuk berbuka hari tu. Lastly, aku berbuka dengan roti cicah susu je :( tapi Alhamdulillah, isi jugak ar perut aku dengan 3 keping roti walaupon tak rasa kenyang! Pagi esoknye bila masuk ofis, terus g timbang berat - 43kg! Turun 2kg je seminggu tak makan nasi? Wow! Tak sanggup begitu selalu (-_-").

Ok, malam kejadian tu aku memang tak boleh nak tido. Kejap call orang ni, kejap kang call orang tu. Tanya itu la, tanya ini la. Dah la hari tu jugak keadaan kurang baik ngan dia! Dia? Ala, dia la.. Sume gara2 aku kurang melayan call n text msg dia seminggu sebab keje yang melambak n letih. Punya la rajin aku text dia bagitau yang aku xcident (walaupon aku tak cedera), tunggu punya tunggu, sejam kemudian baru dia reply. Huh! Bila jiwa matang aku ni berbicara n berfikir secara rasional, keadaan kami kembali normal seperti manusia baik yang lain. Haha.

Berbalik pada cerita tadi, aku pon mula berpikir pasal mamat2 tu tentang ape yang dah terjadi. Ya, aku percaya setiap ape yang berlaku dalam hidup kite samade perkara baik @ sebaliknye, pasti ade hikmahnye. Aku rasa la kan, mesti tu balasan untuk mamat2 tu kot (tetiba). Eh! Bukan balasan untuk aku ke?? Hahaha. Astagfirullahalazim. Bukan ape, sehari selepas kejadian tu aku ade bagi text msg kat mamat tu nak settle cara baik la pasal skuter dia yang aku langgar tu. Alih2, melebih2 pulak yang dia mintak. Siap mintak ganti itu la, ini la yang anggarannye mencecah ratusan hengget! Haish! Ini macam diorang nak kenakan aku je. Padahal, ape yang aku tengok time tu skuter diorang tak ade la teruk manapun berbanding kete aku. Setakat patah side mirror, bercalar n luka kat jari tu je. Yela, aku langgarpon tak sampai 15km/jam ok. Ikutkan ati aku yang kental ni, nak je aku ajak masuk gelanggang! Gelanggang Raja Lawak la, sebab aku nak tengok terror mana sangat diorang nak 'melawak' untuk mempermainkan gadis seperti aku ni. Eceeeewah!

Aku dah tanya n bercerita kat puak2 lelaki yang pakar bab2 ni. Mengikut pendapat yang diorang cadangkan, diorang suruh aku bayar 50 hengget je! Nilai tu mengambil kira perkara yang sepatutnye d ganti aje. Tapi aku rasa macam sikit sangat je nilai tu. Ntah! Takut diorang cari aku pulak nanti. Huhu. Aku up sikit kot, bagi la 70 hengget! Haha. Diorang nak, amek, tak nak sudah. Sekian dulu luahan emosi yang aku simpan beberapa hari ni. Muehehehe..

p/s: praktikkan kata2 ini sebaik mungkin;
1) berhati2 d jalan raya
2) pandu cermat jiwa selamat; dan
3) jadilah pemandu yang berhemah. Ok! Daaa... ;)

Sunday, March 20, 2011

putih dan lembut.. oh! petua..

Assalammualaikum

Memandangkan cuaca cerah dan panas d luar jendela rumahku ini, sukacitanya aku d sini ingin berkongsi petua bersama kalian. Haha. Skemanya ayat aku. Sila abaikan ayat skema tersebut dan fokus pada point utama - PETUA!

Ya, petua untuk kulit PUTIH dan LEMBUT! Ouwchh! Sorry agak gedik d situ. Mmm.. Bertuah dan bersyukur la bagi mereka yang dah sememangnya miliki kulit yang putih dan lembut. Tapi bukan aku! (-_-")

Sebenarnya aku ada baca satu entri kat blog Kebun
Cik Durian. Dia la yang bagi petua ni. Muehehehe. Minat sungguh la aku bab2 ni, sebab petua tu guna cara yang sangat2 simple. Sape2 pon boleh buat, perempuan @ lelaki, muda @ tua & modal pon tak seberapa! Lagipon aku ni malas sikit bab petua2 yang guna cara agak 'berat'. Mak tak kuasa, nyah! Opss! Sorry lagi..

Ok, bahannya cuma kelapa parut @ hampas kelapa aje! Bagi korang yang tak kenal apakah ia...


tarraaa..! (n_n)

Caranya, lumurkan kelapa parut @ hampas kelapa tu kat seluruh badan (ikut korang la, kat mana2 pon janji kulit sebab ia bukan cara untuk putihkan rambut, misai, janggut maupon kening. haha. ops! gurau ok). Pastu dah agak2 puas hati, korang bilas la badan dengan air sebersih2nya ye. So, untuk dapatkan hasil yang terbaek (insyaAllah) kena la buat lebih kerap dan rajin! Ok, rajin! Aku kan malas. Huh! Tapi kadang2 je. Heh!

Amacam? Simple je kan bahan dan cara yang d gunakan? Memandangkan aku ni masih gadis muda (ouwch!) dan selalu terdedah pada sinaran matahari (urgh!), maka adalah menjadi azam baru untuk aku cuba memanfaatkan petua tersebut sebaik mungkin agar mendapat hasil yang terbaekk pada hari BAHAGIA nanti, insyaAllah (hari2 pon aku bahagia je. kehkehkeh).

Doakan kejayaan aku ye korang (haha) & good luck untuk korang jugak..! (^_*)

Monday, March 14, 2011

malam Mama sunyi tanpa PA nya.. (-_-")

Wihee!

Petang tadi Mama hantar adik2 aku dua orang tu, Effie n Ain (anak kesayangan a.k.a. PA kegemaran Mama. Kehkehkeh) kat KTM nak ke KeLumpo (KL). Diorang kena pegi rumah Kak Shiella (kakak sulung) temankan anak2 buah, si Shahid Aiman n Fahim Aiman. Al-maklum je la, cuti sekolah. Kakak aku pegi bercuti kot (kot?) ngan abang ipar aku. Nampaknya, seminggu ni Mama keseorangan la di rumah tanpa ada yg menemani beliau selain aku yang setia di kampung ini (eceh!). Tapi, malam ni je aku dapat temankan Mama kat rumah (T_T), sebab.. sebab.. ala, sebab.. nak bagi Mama bersendirian n berehat tanpa gangguan anak2nya (alasan aku je. haha. teruk betul! huhuhehe).

sayang Mama utk selamanya! (^_*)

Bila Mama tanpa 'anak kesayangan' selaku PA nya d sisi, agak susah nak melelapkan mata n tido dgn lenanya malam ni. Hihii. Baru jap tadi Ain siap call lagi, juz nak bagitau yang dia tak boleh tido (cit! pigirah..) n siap tanya kat Mama "Mama, boleh tido ke? Mama tak pe ke sorang2?". Haha. Klau dah hari2 biasa berkepit, bila sehari mula berjauhan masing2 la tak keruan d buatnya. Kasehan. Aku ni kan ade utk Mama! Tapi apakan daya, aku adalah aku n aku bukan Ain! Uhukhuk. Lebih kasehan (T_T).

"hi, saya Ain! Peace bebeh!"

"hey, peace! ngeee.."

Mama dan adik2ku, Ain, Nadya n Effie. Love forever!

So, sekarang aku doakan Mama n mereka yang berkenaan dapat tido dengan lenanya termasuk aku! Hehe. Orait. Gudnite!

Muuuahh..! Opss! (^_*)

Thursday, March 10, 2011

menu: kebosanan bersalutkan kelaparan

Wihuuu... *wajah layu giler menjelang tengah hari nih*
Perut lapar, kuih dah beli tapi tak sempat nak breakfast pon pagi nih sebab tadi ada urgent requirement. Settle je, terus nak tulis entri plak.. kehkehkeh..

Bosan beb (w/pon banyak je kerja bersepah depan mata)! Wa sorang2 duduk kat ofis. D tinggalkan sendirian lagi oleh mereka. Huh! Memandangkan kat ofis ni cuma ada 3 orang staf je, aku, dia dan dia (erk!). Maka, sudah kebiasaannya si bos membawa pegi si gadis cantik ke sana sini mengikut keperluan & kehendak aktiviti kerjanya, marketing plan! Mungkin.. Opss..! Caya la bos! Tapi itu tidak bermakna yang aku tak cantik ok. Hahahahahaa.. (biarkan aku melayan perasaan perasan sendirian).

Petang nih aku dah plan awal2, tepat jam 5:30pm aku akan pastikan kaki kanan aku dah masuk dalam kasut dulu. Cabuttt!! Sebab anak2 buah kesayangan aku dah sampai kat rumah Mama malam tadi. So, wajib la nak jumpa mereka ok.

Hmm... Cepat la pukul 1:00pm, nak makan nasi.. nasi.. nasi.. Oh! Nasi...
(nasi je tanpa lauk = tipu!)

Wednesday, March 9, 2011

tahukah anda, pada bulan ini...

1. 12hb & 13hb ni kawan2 aku kahwin. Alhamdulillah. Tapi majlis salah seorang dari mereka aku tak dapat nak datang sbb aku tak dapat cuti, khoje. Sedih! Dah la time dia bertunang thn lepas pun aku tak datang. Maafkan daku wahai kawanku, Cik Tiem! Apepun tahniah ye! (^_^)

Cik Tiem, aku, Cik Farah, Cik Kiah, Cik Rus n Cik Adda

2. Setelah beberapa bulan tak ketemu dgn Inchik Sayang akibat masing2 khoje di lain2 negeri, akhirnya aku minta Inchik Sayang balik kmpg (ala, belum dapat, semua pn sanggup.. kot.. Heh!) semata2 untuk temankan aku pegi wedding kawan yg lagi seorang tu, Cik Kiah! Hee.. Kiranye 2 in 1 la, dapat pegi wedding kawan bertemankan insan tersayang. Eceh!

3. Aku ada appointment wif dentist utk follow up gigi aku ni. Al-maklum je la dah sebulan pun aku pakai braces. Ngeee (senyuman berhias braces!). Sakit tu mula2 je, ada la dalam seminggu tapi mmg susah nak makan. Huhu. Kurus beb aku sekarang! (T_T)

4. Anak2 buah aku nak balik kmpg, cuti sekolah kan.. Sungguh tak sabar menunggu! Si kecik2 itu sungguh comel, bnyak cakap n klaka sbb tu tak sabar nak jumpa. "mak teh, mak teh.. bla bla bla.. ehehehe.. bla bla bla bla.. hahahahaahiihii.. bla bla bla.. uwwaaaa.. mak teh buat!" (-_-")

afiqah, aqilah, mak su (adik bongsu), adibah n aku (^_^)

5. Dah hampir 2 minggu aku deactivate kan acc. FB aku. (^_*) Kenapa? Alasannya, sbb aku takde mood ah ngan FB skrg! (tetiba) Hee..

Sekian, terima kasih.

SEKARANG, ANDA SUDAH TAU.. (^_*)