Wednesday, December 21, 2011

Mak Teh bersama Pa'im yg shuweet!

- Assalammualaikum -

Wahh! Lame dah tak jenguk n update blog, busy ngan keje (eceh!). Straight to the point, bulan ni (Dec.) merupakan bulan kelahiran aku (wihee!) yang mana pada tahun ni aku bakal mengikat tali pertunangan dengan inchik Mior :')

Baru nak bertunang je takde la excited n nervous sangat. Kebetulan (last minute) buat majlis aqiqah untuk anak buah aku Fahim Aiman!

Majlis sangat2 simple, insyaAllah. Tapi hopefully semuanya berjalan ngan lancar! ;)

mmm.. tomeynye Pa'im ngan Mak Teh! Hakhak

Monday, August 1, 2011

Ramadhan 1432H!

Assalammualaikum.. =)


RAMADHAN!!

Ramadhan kembali lagi! Alhamdulillah, aku masih bertuah untuk berada d bulan mulia ni dan InsyaAllah dapatlah juga menambah amal ibadah dalam bulan paling berkat ini. Pada aku, agak mudah nak tambahkan pahala dalam bulan Ramadhan ni if kita rajin nak buat walaupun sekadar melewatkan sahur, cepatkan berbuka, buat solat sunat Tarawih, banyakkan baca Al-Quran, bersedekah, berzikir dan buat perkara2 yang baik, InsyaAllah ada ganjaran d setiap satu perbuatan baik yang kita buat.. (^_^)

Tahun ni aku berpuasa jauh dari Mama d kampung. Mmm.. Rindu setiap saat bersama Mama! (T_T) Tapi takpe la, tahun ni aku berpuasa bersama teman serumah merangkap teman sepejabat aku yang bernama cik Hilda Harry! Yeay! Aku dah pesan awal2 kat Hilda, "Da, sahur aku nak makan nasi berlauk tapi berbuka aku nak makan yang ringan2 je macam buah-buahan dan kuih-muih". Diet! Heee..

Salam Ramadhan kpd kalian semua..! (^_^)

Monday, April 4, 2011

pengHIJRAHan aku

Jumaat lepas aku dapat berita terbaru dari Management dalam mesyuarat menteri2 BLSSB (kehkehkeh) yang mana lagi 2 minggu aku d minta untuk melaporkan diri d HQ, under Department baru, B.H. (2 orang staf je dept. nih! Macam ok kot. Heh!) juga merangkap Admin (kiranya 2 in 1 la. Hahahehehuhu). Aku redha dan terima seadanya (^.^). Ini bermakna aku tidak lagi bersama dept. lama, S&S Perak Branch. Sob.. sob.. sob.. Dan yang pastinya, aku dah tak boleh nak balik rumah Mama tiap2 minggu (T_T) sebab... jauh la! Apakan daya, aku cuma staf biasa yang akur pada ARAHAN (baik tuan!). Heh!

Dia la partner aku a.k.a. sifu B.H. dept. Ngee.

So, bakal bermula la pertarungan baru dalam kerjaya aku. Hopefully, aku boleh buat yang terbaik! Walaupun agak susah untuk jadi yang terbaik d antara yang terbaik, aku cuba. Actually, aku rasa agak hepi sebab akan bekerja d HQ. Tapi aku tak nafikan yang aku rasa sedih jugak sebab jauh dari Mama n adik2 aku nanti. Bukan apa, susah la nak online guna wifi kat rumah Mama lepas ni, lagi pulak dah la selalu tiap2 minggu balik rumah Mama sebab nak tumpang basuh kain yang dah siap kumpul seminggu. Haha. Buruk perangai betul! (-_-").

Agenda aku yang utama selain kerja2 ofis sekarang ialah mencari bilik sewa! Help..! Help..! Hih! Nak duduk area mana? Sewa berapa? Siapa Housemate? Ape lagi, google kat Mudah.my la jawabnya. Semoga aku berjaya dalam misi kali ini! Muehehehe. Daa..

Sunday, March 27, 2011

cerita dah basi, tapi masalah blom settle!

Assalammualaikum.. =)

Dua minggu ni keje aku kat ofis memang padat giler2
a.k.a. padat maksima (iklan milo)! Lepas satu, dua datang pastu bertambah2. Fuh..! Tapi aku ok lagi, tak sampai tahap stress pon. Seriously aku cakap, 4 hari berturut2 aku tak makan nasi! Cuma makan kuih time breakfast je, ape la sangat tenaga yang masuk dalam badan aku ni setakat 3 4 ketul kuih tu. Hakhak. Aku bukan nak berdiet, tak ade niat dalam ati pon nak berdiet memandangkan aku dah memiliki bentuk badan yang ideal n memuaskan! Ouwchh! (Alhamdulillah). Tapi tu la, memang rasa tak sempat je nak g makan. Heh!

Dalam masa seminggu baru ni, macam2 benda jadi kat aku. Dugaan... Sedih ade, panas ati ade n gelabah pn ade (memang gelabah sejak hampir 3 tahun b'keje kat company ni). Haha. Tapi aku ni seorang yang cekal n tabah (eceh). Serius ar aku kuat semangat ok (^_*).

Actually, 3 hari lepas (hari khamis) aku xcident! Aku terlanggar
mamat 2 orang naik skuter Ego kat satu selekoh ni. Huhu. First time aku langgar orang sejak 3 tahun bawak kete! Dugaan.. Time tu aku memang tak nampak langsung skuter diorang d sebalik kete besar (Toyota Harrier kot, kete idaman tu!) yang melintas depan kete aku. Betul2 je lepas kete tu melintas, aku pon masuk selekoh. Dum!! Ape lagi, hambek kau! Tergolek kat jalan ar mamat yang bawak skuter tu. Ala, golek sikit je pon. Luka pon sikit je kat jari dia (nasib baik bukan jari aku, kalau tak segan aih nak sarung cincin nanti. Kehkehkeh). Haduih! Punya la gelabah, "sori, sori encik. Encik, macam mana encik? Ok ke? Motor? Mmmmm... Sori encik, tak sengaja. Nak settle macam mana ni..? bla.. bla.. bla..". Mamat tu cakap ape aku pon dah tak ingat sangat, cuma aku ingat bila dia cakap "luka saya ni sikit je. Kete cik nampak lagi teruk tu (sambil dia tolong masukkan lampu kete aku yang dah terkeluar dari tempat asal). Tu je...


Baby Putih tercedera.. :'(

Aku puasa hari tu (puasa ganti + sunat). Time kena tu pulak dah la Maghrib (7:26pm). Terkejar2 dari ofis nak g tapau nasi la cadangnye. Habis, dah mengigil tangan g langgar orang terus terbatal niat nak singgah kedai beli nasi untuk berbuka hari tu. Lastly, aku berbuka dengan roti cicah susu je :( tapi Alhamdulillah, isi jugak ar perut aku dengan 3 keping roti walaupon tak rasa kenyang! Pagi esoknye bila masuk ofis, terus g timbang berat - 43kg! Turun 2kg je seminggu tak makan nasi? Wow! Tak sanggup begitu selalu (-_-").

Ok, malam kejadian tu aku memang tak boleh nak tido. Kejap call orang ni, kejap kang call orang tu. Tanya itu la, tanya ini la. Dah la hari tu jugak keadaan kurang baik ngan dia! Dia? Ala, dia la.. Sume gara2 aku kurang melayan call n text msg dia seminggu sebab keje yang melambak n letih. Punya la rajin aku text dia bagitau yang aku xcident (walaupon aku tak cedera), tunggu punya tunggu, sejam kemudian baru dia reply. Huh! Bila jiwa matang aku ni berbicara n berfikir secara rasional, keadaan kami kembali normal seperti manusia baik yang lain. Haha.

Berbalik pada cerita tadi, aku pon mula berpikir pasal mamat2 tu tentang ape yang dah terjadi. Ya, aku percaya setiap ape yang berlaku dalam hidup kite samade perkara baik @ sebaliknye, pasti ade hikmahnye. Aku rasa la kan, mesti tu balasan untuk mamat2 tu kot (tetiba). Eh! Bukan balasan untuk aku ke?? Hahaha. Astagfirullahalazim. Bukan ape, sehari selepas kejadian tu aku ade bagi text msg kat mamat tu nak settle cara baik la pasal skuter dia yang aku langgar tu. Alih2, melebih2 pulak yang dia mintak. Siap mintak ganti itu la, ini la yang anggarannye mencecah ratusan hengget! Haish! Ini macam diorang nak kenakan aku je. Padahal, ape yang aku tengok time tu skuter diorang tak ade la teruk manapun berbanding kete aku. Setakat patah side mirror, bercalar n luka kat jari tu je. Yela, aku langgarpon tak sampai 15km/jam ok. Ikutkan ati aku yang kental ni, nak je aku ajak masuk gelanggang! Gelanggang Raja Lawak la, sebab aku nak tengok terror mana sangat diorang nak 'melawak' untuk mempermainkan gadis seperti aku ni. Eceeeewah!

Aku dah tanya n bercerita kat puak2 lelaki yang pakar bab2 ni. Mengikut pendapat yang diorang cadangkan, diorang suruh aku bayar 50 hengget je! Nilai tu mengambil kira perkara yang sepatutnye d ganti aje. Tapi aku rasa macam sikit sangat je nilai tu. Ntah! Takut diorang cari aku pulak nanti. Huhu. Aku up sikit kot, bagi la 70 hengget! Haha. Diorang nak, amek, tak nak sudah. Sekian dulu luahan emosi yang aku simpan beberapa hari ni. Muehehehe..

p/s: praktikkan kata2 ini sebaik mungkin;
1) berhati2 d jalan raya
2) pandu cermat jiwa selamat; dan
3) jadilah pemandu yang berhemah. Ok! Daaa... ;)

Sunday, March 20, 2011

putih dan lembut.. oh! petua..

Assalammualaikum

Memandangkan cuaca cerah dan panas d luar jendela rumahku ini, sukacitanya aku d sini ingin berkongsi petua bersama kalian. Haha. Skemanya ayat aku. Sila abaikan ayat skema tersebut dan fokus pada point utama - PETUA!

Ya, petua untuk kulit PUTIH dan LEMBUT! Ouwchh! Sorry agak gedik d situ. Mmm.. Bertuah dan bersyukur la bagi mereka yang dah sememangnya miliki kulit yang putih dan lembut. Tapi bukan aku! (-_-")

Sebenarnya aku ada baca satu entri kat blog Kebun
Cik Durian. Dia la yang bagi petua ni. Muehehehe. Minat sungguh la aku bab2 ni, sebab petua tu guna cara yang sangat2 simple. Sape2 pon boleh buat, perempuan @ lelaki, muda @ tua & modal pon tak seberapa! Lagipon aku ni malas sikit bab petua2 yang guna cara agak 'berat'. Mak tak kuasa, nyah! Opss! Sorry lagi..

Ok, bahannya cuma kelapa parut @ hampas kelapa aje! Bagi korang yang tak kenal apakah ia...


tarraaa..! (n_n)

Caranya, lumurkan kelapa parut @ hampas kelapa tu kat seluruh badan (ikut korang la, kat mana2 pon janji kulit sebab ia bukan cara untuk putihkan rambut, misai, janggut maupon kening. haha. ops! gurau ok). Pastu dah agak2 puas hati, korang bilas la badan dengan air sebersih2nya ye. So, untuk dapatkan hasil yang terbaek (insyaAllah) kena la buat lebih kerap dan rajin! Ok, rajin! Aku kan malas. Huh! Tapi kadang2 je. Heh!

Amacam? Simple je kan bahan dan cara yang d gunakan? Memandangkan aku ni masih gadis muda (ouwch!) dan selalu terdedah pada sinaran matahari (urgh!), maka adalah menjadi azam baru untuk aku cuba memanfaatkan petua tersebut sebaik mungkin agar mendapat hasil yang terbaekk pada hari BAHAGIA nanti, insyaAllah (hari2 pon aku bahagia je. kehkehkeh).

Doakan kejayaan aku ye korang (haha) & good luck untuk korang jugak..! (^_*)

Monday, March 14, 2011

malam Mama sunyi tanpa PA nya.. (-_-")

Wihee!

Petang tadi Mama hantar adik2 aku dua orang tu, Effie n Ain (anak kesayangan a.k.a. PA kegemaran Mama. Kehkehkeh) kat KTM nak ke KeLumpo (KL). Diorang kena pegi rumah Kak Shiella (kakak sulung) temankan anak2 buah, si Shahid Aiman n Fahim Aiman. Al-maklum je la, cuti sekolah. Kakak aku pegi bercuti kot (kot?) ngan abang ipar aku. Nampaknya, seminggu ni Mama keseorangan la di rumah tanpa ada yg menemani beliau selain aku yang setia di kampung ini (eceh!). Tapi, malam ni je aku dapat temankan Mama kat rumah (T_T), sebab.. sebab.. ala, sebab.. nak bagi Mama bersendirian n berehat tanpa gangguan anak2nya (alasan aku je. haha. teruk betul! huhuhehe).

sayang Mama utk selamanya! (^_*)

Bila Mama tanpa 'anak kesayangan' selaku PA nya d sisi, agak susah nak melelapkan mata n tido dgn lenanya malam ni. Hihii. Baru jap tadi Ain siap call lagi, juz nak bagitau yang dia tak boleh tido (cit! pigirah..) n siap tanya kat Mama "Mama, boleh tido ke? Mama tak pe ke sorang2?". Haha. Klau dah hari2 biasa berkepit, bila sehari mula berjauhan masing2 la tak keruan d buatnya. Kasehan. Aku ni kan ade utk Mama! Tapi apakan daya, aku adalah aku n aku bukan Ain! Uhukhuk. Lebih kasehan (T_T).

"hi, saya Ain! Peace bebeh!"

"hey, peace! ngeee.."

Mama dan adik2ku, Ain, Nadya n Effie. Love forever!

So, sekarang aku doakan Mama n mereka yang berkenaan dapat tido dengan lenanya termasuk aku! Hehe. Orait. Gudnite!

Muuuahh..! Opss! (^_*)

Thursday, March 10, 2011

menu: kebosanan bersalutkan kelaparan

Wihuuu... *wajah layu giler menjelang tengah hari nih*
Perut lapar, kuih dah beli tapi tak sempat nak breakfast pon pagi nih sebab tadi ada urgent requirement. Settle je, terus nak tulis entri plak.. kehkehkeh..

Bosan beb (w/pon banyak je kerja bersepah depan mata)! Wa sorang2 duduk kat ofis. D tinggalkan sendirian lagi oleh mereka. Huh! Memandangkan kat ofis ni cuma ada 3 orang staf je, aku, dia dan dia (erk!). Maka, sudah kebiasaannya si bos membawa pegi si gadis cantik ke sana sini mengikut keperluan & kehendak aktiviti kerjanya, marketing plan! Mungkin.. Opss..! Caya la bos! Tapi itu tidak bermakna yang aku tak cantik ok. Hahahahahaa.. (biarkan aku melayan perasaan perasan sendirian).

Petang nih aku dah plan awal2, tepat jam 5:30pm aku akan pastikan kaki kanan aku dah masuk dalam kasut dulu. Cabuttt!! Sebab anak2 buah kesayangan aku dah sampai kat rumah Mama malam tadi. So, wajib la nak jumpa mereka ok.

Hmm... Cepat la pukul 1:00pm, nak makan nasi.. nasi.. nasi.. Oh! Nasi...
(nasi je tanpa lauk = tipu!)

Wednesday, March 9, 2011

tahukah anda, pada bulan ini...

1. 12hb & 13hb ni kawan2 aku kahwin. Alhamdulillah. Tapi majlis salah seorang dari mereka aku tak dapat nak datang sbb aku tak dapat cuti, khoje. Sedih! Dah la time dia bertunang thn lepas pun aku tak datang. Maafkan daku wahai kawanku, Cik Tiem! Apepun tahniah ye! (^_^)

Cik Tiem, aku, Cik Farah, Cik Kiah, Cik Rus n Cik Adda

2. Setelah beberapa bulan tak ketemu dgn Inchik Sayang akibat masing2 khoje di lain2 negeri, akhirnya aku minta Inchik Sayang balik kmpg (ala, belum dapat, semua pn sanggup.. kot.. Heh!) semata2 untuk temankan aku pegi wedding kawan yg lagi seorang tu, Cik Kiah! Hee.. Kiranye 2 in 1 la, dapat pegi wedding kawan bertemankan insan tersayang. Eceh!

3. Aku ada appointment wif dentist utk follow up gigi aku ni. Al-maklum je la dah sebulan pun aku pakai braces. Ngeee (senyuman berhias braces!). Sakit tu mula2 je, ada la dalam seminggu tapi mmg susah nak makan. Huhu. Kurus beb aku sekarang! (T_T)

4. Anak2 buah aku nak balik kmpg, cuti sekolah kan.. Sungguh tak sabar menunggu! Si kecik2 itu sungguh comel, bnyak cakap n klaka sbb tu tak sabar nak jumpa. "mak teh, mak teh.. bla bla bla.. ehehehe.. bla bla bla bla.. hahahahaahiihii.. bla bla bla.. uwwaaaa.. mak teh buat!" (-_-")

afiqah, aqilah, mak su (adik bongsu), adibah n aku (^_^)

5. Dah hampir 2 minggu aku deactivate kan acc. FB aku. (^_*) Kenapa? Alasannya, sbb aku takde mood ah ngan FB skrg! (tetiba) Hee..

Sekian, terima kasih.

SEKARANG, ANDA SUDAH TAU.. (^_*)

Saturday, February 12, 2011

mood hari ini: percutian d pantai / lautan

d saat jiwa mula utk kejiwang-jiwangan.. hakhak.. ayat yg kemenggong-menggonggan.. heh!


~ syoknyew brada d tgh lautan & d ats kapal yg besarrr punye! ~

Wednesday, February 9, 2011

sedih & pedih!

Hati ni rasa sgt tak best bila dpt brite yg mcm tu (mcm tu? mcm mna..??) erk! sila abaikan, yg pasti brite yg tak co0l n agak mlemahkan smangat kje harian aku. rsa sgt tak adil..! tu je yg terdetik dlm ati aku. rsa nak nangis kuat2 tp tak nak sape2 dengar! uwwaaa...!! sedih n pedih siot! arghh!

~astagfirullahalazim~

Ya Allah!
Ampunkan la dosa ku, kuatkan la iman dlm diriku, tenangkan la jiwa & fikiran ku, tabahkan la hati ku.

Smoga aku akan jd Cik Seri AshNieda yg lebih kuat utk hari2 yg mendatang. Ya, aku tak kan sntiasa kuat tanpa sokongan. At least, sokongan dari diri aku sndri. *senyum kelat*

Dah lame tak membazirkan air mata aku utk perkara2 yg menyakitkan. seriyes, mmg lame! aku percaya stiap ape pn yg berlaku dlm idop aku sama ade perkara tu baik maupn sbaliknye, pasti ade hikmah n pmbalasannye d kmudian hari.


p/s: jgn lupe! s'susah2 kite masih ade yg lbh susah dari kite. btul!

Tuesday, February 8, 2011

aku & angan2.. (ngehngehngeh)

andai aja aku punya kelambu d saat ini, kan ku guna ia sbg plindung tidur ku, dari d ganggu nyamuk2 liar itu. namun, tidur malam ku makin tidak menentu gara2 gigitan sang nyamuk!

arghh! ni yg nak marah ni. nyamukkkkk! (gara2 marahkn sang nyamuk, mimpi ku yg bakal indah mungkin mnjadi mimpi yg... ngeri? seram? @ tragis? oh tidak!).

apekehal nye nih??!

~berangan aje~

angan ke..?? erk!

bkn ke skrng dh ade mcm2 jenis spray n ubt nyamuk utk halau or bunuh nyamuk. kan..? kan..? kan..? haish! ok2, aku bkn nk tulih psl bab nyamuk, maupun kelambu, tidak sama skali ttg spray n ubat nyamuk malah tidak terlintas lg utk menulih ttg 'mimpi buruk'.

hmmmmmm.. (^____^)
aku sebanrnye nak merepek kerepek ttg... aku & angan2! (ngehngehngeh). hambek kau! actually tak salah if kite ni nak berangan2, tp biar ar berpada2 mksdnye agak2 ar nk pasng angan2 pn kan. lihat pd kemampuan dri dlu, ikut pringkat2 had umur (eceh!).

Meh aku kasik tau ape kerjaya yg dah aku angan2 kan dari dlu sampai la ni. Meh baca meh! (tak moh baca pn tak pe aih).

1. Doktor

google

hakhakhak. ketawe dlu! bla ingt2 blik time kecik2 dlu cita2 aku nak jd doktor. seriyes aku mmg nak jd doktor n aku mmg minat subjek sains! (tetiba) hee.. dlu asal cikgu tnya je "ok, bgtau cikgu ape cita2 kamu?" sorg2 la berdiri, dok jwb "cita2 sy nak jd seorng doktor!" tu jwpan aku la, jwpan org lain ak tak hengat. tp lebh kurang 3 4 org jgk la bg jwapan yg same. kehkehkeh. (gamaknye yg sorng dua tu btul la kot dh jd doktor skrg ni, bagus! - doktor yg d iktiraf la weh.) bla aku pk2 blik nape aku tak jd doktor, mungkin sbb aku takut darah! ishh.. sungguh! tgk darah je rsa nak pitam bagai eh! then, beberapa thn kmudian pk lg ape sbnarnye cita2 yg sesuai ngan aku ek..? time tu umur smakin mningkat, kira blh pk ngan lbh2 waras la. haha.

2. Pensyarah

google

shenyum lebar2 (^_______^). aku mmg nak jd lecturer! tp mungkin blom 'bertemu jodoh' ngan title tu lg kot. uhuk! lg pn aku kurang sifat kesabaran, ketenangan & yg utama keintelektualan yg tinggi terhadap student. heh! *lupakan smentara*

3. Professional Interior Designer!

Masih bertungkus lumus mengejar cita2 itu. Doakn aku berjaya satu hari nnt! (^_*). W/pon aku bkn la student terbaik utk course tu suatu masa dlu, tp org kate "d mana ade kmahuan, d stu ade jalan" (wahh!) Hmm.. Pengalaman lampau terlalu b'harga bt dri ini. ouwch!


google


~berangan lg utk ade syrkt n bisnes sndri suatu hr nnt. insya-Allah~
(^___^)

Monday, February 7, 2011

braces oH braces!

google

Memandangkan aku ni ade sdkit problem ngan GG, kiranye tak seindah GG2 mereka yg indah d pandang la (uh! aku malu). Niat nak pakai benda alah tu dh lame, dr zaman skolah lg. Tp, time dlu2 aku ni kurang b'kemampuan. So, terpendam gitu je la hasrat d ati ni. Start hujng thn lps, aku pn mula la bt research (pergh! siap bt research lg! harus.) psal braces ni la. Research pnye research ade la jgk info yg aku dpt before aku decide nk pakai nnt. Info utama yg aku dpt dah tentu2 la dr segi kosnye. Mahal tu tak dnafikan kecuali klau bt ngan gov. (utk aku, mmg dh t’lambat la nk bt ngan gov.). Info lainyg aku dpt, dr segi penjagaan GG & braces, pemakanan, rawatan (tiap2 bln, utk
tgk p’kembangan GG, ada ok or tarak ok) dan tempat yg sesuai dgn keadaan smasa. ;p

Before aku decide nk bt kt 1 klinik ni, aku ade bt research jgk kt klinik2 lain. Al-maklum la, harga bt braces ni pn actually bergantung pd lokasinye jgk. So, ade 2 buah klinik ni harganye ok n dpt info pn dr sumber2 yg bolh d yakini. Klinik2 tu satunye d Perak n satu lg d KL. So, bla d pk2 lg better bt yg dekat ngan aku skrg sbb if ade ape2 problem senang nk refer (kos perjalanan spt tol, petrol n masa harus d ambil kire. harus!).

Aku dh bt appointment, jd skrg juz tggu masa sterusnye utk info yg lebih terperinci dari yg pakar. Risau gak sbnrnye. Huhu. Hopefully nnt dpt kesan yg baik utk dri aku (^_^). Satu lg, before aku nk pakai braces ni aku dh minta izin dlu dr Mama. Mula2 tu mmg Mama tak bg, sbb Mama ckp "mulut kamu tu dh cantik, elok2 'kecik' mcm tu nnt dh pakai braces ntah mcm mna la jdnye". Urmm.. Tapi bla aku slow talk ngan Mama, aku ckp yg niat aku nk pkai braces ni bkn sbb nak cantik smata2. Serius. Tapi utk keselesaan aku sbnarnye. Then, Mama pn bg. Ngee.

Hmm.. Wokeh la, after dh jmpa dentist nxt week aku smbung topik braces ni lg. Insya-Allah. Gudnite. zzzZZzZzzZZzz..

Thursday, February 3, 2011

Separuh Kelopak Mata Ku


Mata ni sebenar2 nye dh 'berat' sesangat. Ngantuk! Tapi nye, mata ni plak masih tak nak lelap2 (mna nak lelap nye, dah ngadap skrin laptop ni dr tadi tak benti2). Ngeh! Esok kan cuti. Ape barang tdo awal2, takde lingkaran gelap ar bawah mata! Bagus. Teruskan berjaga. Erk!

Memandangkan besok Chinese New Year, dari malam td berdentum dentam bunyi mercun sana cni. Haish! Ini dah sah2 la bakal mengganggu gugat tdo aku yg blom t'lena2 lg d buai mimpi nan indah (ayat bersepah!).

Rasanya dah sampai masa utk aku btul2 brada d katil, seriyes ni! lagi beberapa minit je ni yg tggal utk.. ah! tak sempat dah. harus pegi tdo skrg. slamat malam + pagi!

Tuesday, February 1, 2011

Cik Seri Nieda (CSN) kembali..!

Selamat kembali wahai CSN! Telah sekian lame aku tak menjenguk ini blog (maunye tak lame, dah stahun!). Sebab musababnye ini blog tak d update ialah.. 1) aku bizi ngan kje yg tak m’izinkan aku utk merepek2 dlm ini blog. 2) aku terlupa password & yg t’akhir utamanye 3) jiwa aku kurang brada d tahap dewa kekacauan!

Sama ade aku berblog dgn tak berblog skalipun, yg mnjadi persoalannye ade ke yg rajin nk membaca ini blog (blog pn tak rajin nk update, lg sebok2 mau tnya ade ke tak yg rajin nak bca ini blog.. haish!)? Xpe2, yg pnting thn ni aku nk merepek2 dlm ini blog smahu2nye (insya-Allah) memandangkan aku dah kurang n jarang bersosial d luar sna (sosial kah aku? oh, tidak sbenarnye).

So, cukup stakat ini dlu mukadimah awl d thn 2011 nih (hee..). Sampai ketemu lagi dlm entri berikutnye ye (smoga rajin la aku nk m'update blog yg baru nk 'idop' nih. ngee..).