Sunday, March 27, 2011

cerita dah basi, tapi masalah blom settle!

Assalammualaikum.. =)

Dua minggu ni keje aku kat ofis memang padat giler2
a.k.a. padat maksima (iklan milo)! Lepas satu, dua datang pastu bertambah2. Fuh..! Tapi aku ok lagi, tak sampai tahap stress pon. Seriously aku cakap, 4 hari berturut2 aku tak makan nasi! Cuma makan kuih time breakfast je, ape la sangat tenaga yang masuk dalam badan aku ni setakat 3 4 ketul kuih tu. Hakhak. Aku bukan nak berdiet, tak ade niat dalam ati pon nak berdiet memandangkan aku dah memiliki bentuk badan yang ideal n memuaskan! Ouwchh! (Alhamdulillah). Tapi tu la, memang rasa tak sempat je nak g makan. Heh!

Dalam masa seminggu baru ni, macam2 benda jadi kat aku. Dugaan... Sedih ade, panas ati ade n gelabah pn ade (memang gelabah sejak hampir 3 tahun b'keje kat company ni). Haha. Tapi aku ni seorang yang cekal n tabah (eceh). Serius ar aku kuat semangat ok (^_*).

Actually, 3 hari lepas (hari khamis) aku xcident! Aku terlanggar
mamat 2 orang naik skuter Ego kat satu selekoh ni. Huhu. First time aku langgar orang sejak 3 tahun bawak kete! Dugaan.. Time tu aku memang tak nampak langsung skuter diorang d sebalik kete besar (Toyota Harrier kot, kete idaman tu!) yang melintas depan kete aku. Betul2 je lepas kete tu melintas, aku pon masuk selekoh. Dum!! Ape lagi, hambek kau! Tergolek kat jalan ar mamat yang bawak skuter tu. Ala, golek sikit je pon. Luka pon sikit je kat jari dia (nasib baik bukan jari aku, kalau tak segan aih nak sarung cincin nanti. Kehkehkeh). Haduih! Punya la gelabah, "sori, sori encik. Encik, macam mana encik? Ok ke? Motor? Mmmmm... Sori encik, tak sengaja. Nak settle macam mana ni..? bla.. bla.. bla..". Mamat tu cakap ape aku pon dah tak ingat sangat, cuma aku ingat bila dia cakap "luka saya ni sikit je. Kete cik nampak lagi teruk tu (sambil dia tolong masukkan lampu kete aku yang dah terkeluar dari tempat asal). Tu je...


Baby Putih tercedera.. :'(

Aku puasa hari tu (puasa ganti + sunat). Time kena tu pulak dah la Maghrib (7:26pm). Terkejar2 dari ofis nak g tapau nasi la cadangnye. Habis, dah mengigil tangan g langgar orang terus terbatal niat nak singgah kedai beli nasi untuk berbuka hari tu. Lastly, aku berbuka dengan roti cicah susu je :( tapi Alhamdulillah, isi jugak ar perut aku dengan 3 keping roti walaupon tak rasa kenyang! Pagi esoknye bila masuk ofis, terus g timbang berat - 43kg! Turun 2kg je seminggu tak makan nasi? Wow! Tak sanggup begitu selalu (-_-").

Ok, malam kejadian tu aku memang tak boleh nak tido. Kejap call orang ni, kejap kang call orang tu. Tanya itu la, tanya ini la. Dah la hari tu jugak keadaan kurang baik ngan dia! Dia? Ala, dia la.. Sume gara2 aku kurang melayan call n text msg dia seminggu sebab keje yang melambak n letih. Punya la rajin aku text dia bagitau yang aku xcident (walaupon aku tak cedera), tunggu punya tunggu, sejam kemudian baru dia reply. Huh! Bila jiwa matang aku ni berbicara n berfikir secara rasional, keadaan kami kembali normal seperti manusia baik yang lain. Haha.

Berbalik pada cerita tadi, aku pon mula berpikir pasal mamat2 tu tentang ape yang dah terjadi. Ya, aku percaya setiap ape yang berlaku dalam hidup kite samade perkara baik @ sebaliknye, pasti ade hikmahnye. Aku rasa la kan, mesti tu balasan untuk mamat2 tu kot (tetiba). Eh! Bukan balasan untuk aku ke?? Hahaha. Astagfirullahalazim. Bukan ape, sehari selepas kejadian tu aku ade bagi text msg kat mamat tu nak settle cara baik la pasal skuter dia yang aku langgar tu. Alih2, melebih2 pulak yang dia mintak. Siap mintak ganti itu la, ini la yang anggarannye mencecah ratusan hengget! Haish! Ini macam diorang nak kenakan aku je. Padahal, ape yang aku tengok time tu skuter diorang tak ade la teruk manapun berbanding kete aku. Setakat patah side mirror, bercalar n luka kat jari tu je. Yela, aku langgarpon tak sampai 15km/jam ok. Ikutkan ati aku yang kental ni, nak je aku ajak masuk gelanggang! Gelanggang Raja Lawak la, sebab aku nak tengok terror mana sangat diorang nak 'melawak' untuk mempermainkan gadis seperti aku ni. Eceeeewah!

Aku dah tanya n bercerita kat puak2 lelaki yang pakar bab2 ni. Mengikut pendapat yang diorang cadangkan, diorang suruh aku bayar 50 hengget je! Nilai tu mengambil kira perkara yang sepatutnye d ganti aje. Tapi aku rasa macam sikit sangat je nilai tu. Ntah! Takut diorang cari aku pulak nanti. Huhu. Aku up sikit kot, bagi la 70 hengget! Haha. Diorang nak, amek, tak nak sudah. Sekian dulu luahan emosi yang aku simpan beberapa hari ni. Muehehehe..

p/s: praktikkan kata2 ini sebaik mungkin;
1) berhati2 d jalan raya
2) pandu cermat jiwa selamat; dan
3) jadilah pemandu yang berhemah. Ok! Daaa... ;)

No comments:

Post a Comment